Biodata Rasulullah SAW (Junjungan sepanjang Masa)

07 September 2014 08:06:05 Dibaca : 951

Nama lengkap: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ayah: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama Ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama Datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Paman paman Beliau:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah (Rodhi'):
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah, Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda menikah:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah , usia Beliau saat itu 25 tahun .

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Syaidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Syaidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama Putra Putri Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak tiri Rasulullah: anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika menikah dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

Pengalaman Kerja Rasulullah:
* Semenjak kecil lagi, baginda telah beternak kambing dan berniaga membantu paman Beliau.
* Abu Thalib telah membawa baginda ke Syam (Syria) untuk membantunya berniaga.
* Setelah beranjak dewasa, baginda mulai menjalankan dagang sendiri dengan secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan/menjalankan modal orang lain. karena baginda sadar pamannya bukanlah dari orang yang berada dan beliau terpaksa ikut kepada sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda pergi ke Syam untuk kali kedua dalam menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang kepala keluarga yang patut dicontoh. Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menambal pakaian yang robek/sobek, membersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai orang tua, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak anak beliau.

Gelar Al-Amin bagi Rasulullah SAW:
Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabligh)
- Bijaksana (fathonah)

Kepemimpinan Rasulullah ketika peristiwa banjir di kota Mekah saat berusia 35thn:
Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding ka'bah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perselisihan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan ka'bah. Perselisihan ini hampir menimbulkan peperangan. Akhirnya Rasulullah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perselisihan diantara ketua kaum Quraisy tersebut.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 Agustus 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hiro' al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

Wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, waktu dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama yaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Pada hari isnin, 17 ramadan (6 Agustus 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima Wahyu:
Pada suatu ketika Beliau sedang bertafakkur datanglah malaikat kepadanya,
Malaikat berkata untuk pertama kalinya: “Bacalah!” (Iqra’).
Rasulullah menjawab; “Saya tidak bisa membaca”
Dalam penyampaian Beliau: “Maka aku pegang dan didekapnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskannya aku.
Malaikat berkata kedua kalinya: “Bacalah!”
Tetapi aku jawab: “Aku tidak bisa membaca!” Lalu aku didekap lagi sampai habis tenagaku.
Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya lagi: “Bacalah!”, yang ketiga kali.
Lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan” sampai kepada ayat “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.”
Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun menghilang dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian dan ketakutan yang sangat dahsyat.
Kemudian beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni).
Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. dan berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?”
Lantas Beliau bercerita dari segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku" .
** Semoga Bermanfa'at **