Antara Kebaikan Mandi sebelum subuh

22 February 2013 11:07:22 Dibaca : 724

Antara Kebaikan Mandi sebelum subuh ialah :

1) Kulit lebih lembut dan halus

Pada waktu pagi selalunya anda akan
memasang "water heater" untuk
mendapatkan air yang hangat dan
menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika
anda memiliki lingkaran hitam di bawah
mata, mandi menggunakan air sejuk
dapat mengurangkan kegelapan pada
bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia
akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak
mudah retak. Kulit pula menjadi lebih
lembut dan halus.

2) Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah anda lancar maka
tubuh badan anda akan menjadi lebih
sihat dan bertenaga. Malah anda juga
boleh melakukan aktiviti seharian tanpa
rasa letih.

3) Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan
mendapat reaksi yang positif apabila anda
mandi pada waktu pagi. Ia dapat
meningkatkan hormon testosteron pada
lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4) Mengurangkan risiko darah tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah
tinggi, mungkin ini merupakan salah satu
cara untuk anda mengurangkan penyakit
anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH,
jika ia diamalkan selalu, penyakit anda
akan pulih.

5) Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali
peredaran darah setelah lama berbaring.
Buat anda yang mengalami depresi, inilah
cara yang terbaik utk anda
menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah
tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6) Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan
meningkatkan sel darah putih di dalam
tubuh badan. Apabila sel darah putih
banyak, maka daya tahan penyakit dan
tubuh badan boleh melawan virus. Oleh
itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti
dengan sebarang penyakit.