Lintas Jum'at_10 sifat calon suami yang baik

22 March 2013 09:10:57 Dibaca : 1414

1. Kuat amalan agamanya.

Menjaga
sholat fardhu, kerap berjemaah dan
sholat pada awal waktu. Auratnya
juga sentiasa dipelihara dan
memakai pakaian yang sopan. Sifat
ini boleh dilihat terutama sewaktu
bersukan.

2. Akhlaknya baik, yaitu seorang
yang nampak tegas, tetapi
sebenarnya seorang yang lembut
dan mudah bertolak ansur.

Pertuturannya juga mesti sopan,
melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan
maruahnya. Tidak berkunjung ke
tempat-tempat yang boleh
menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan
tugas yang diberikan dan tidak
menyalah gunakan kuasa dan
kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak
kedekut. Tahu membelanjakan
uang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak
melihat perempuan lain yang lalu
lalang ketika sedang bercakap-
cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak
mengamalkan cara hidup bebas
walaupun dia tahu dirinya mampu
berbuat demikian.

8. Mempunyai teman pergaulan
yang baik. teman pergaulan
seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggung jawab. Lihatlah dia
dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira
semasa berbicara atau membuat
kerja atau masa kecemasan.

Semoga bermanfaat

K. H. Muhammad Arifin Ilham