Konsep Sistem Komputer

17 October 2012 08:51:57 Dibaca : 99

Sistem komputer

 

 

 

 

Fungsi komponen asas sistem komputer

 

*CPU memproses data

 

*Fungsi komponen pada papan induk

 

*Ciri-ciri RAM,ROM,CMOS dan EPROM

 

 

*Storan primer

CPU memproses data

 

Operasi arimetik dan logik unit

 

Konsep Bit dan Bait.

 

 Algebra Boolean dan operasi mudah

 

kod yang mewakili aksara dan nombor

 

Operasi arimetik dan logik unit

 

         Arimetik / logik unit  merupakan komponen yang satu lagi  selain unit kawalan bagi Unit Pemprosesan Pusat. Secara spesifik, arimetik/logik unit melakukan operasi-operasi berikut:-

 

                 Arimetik

 

 Perbandingan

 

Logikal 

 

 Bagi operasi arimetik, ia adalah meliputi operasi-operasi:

 

 

 

ï‚·       Penambahan ( + )

 

ï‚·       Penolakan ( - )

 

ï‚·       Pendaraban ( * )

 

ï‚·       Pembahagian ( /  )

 

 

 

Manakala bagi operasi perbandingan pula, ia adalah melibatkan perbandingan diantara satu data dengan yang lain dan menentukan data pertama adalah:

 

 

 

ï‚·       Lebih besar ( > )

 

ï‚·       Sama dengan ( = )

 

ï‚·       Atau lebih kecil ( < )

 

 

 

dengan data yang kedua. Bergantung kepada keputusan perbandingan, kelakuan berbeza akan berlaku.

 

 

 

Operasi logical berfungsi dengan keadaan-keadaan dan operator logical seperti AND, OR dan NOT.

 

 

 

 

 

Konsep BIT dan BAIT

 

  

 

·         Tiap-tiap 0 atau 1 pada sistem Binari dipanggil Bit (untuk angka Binari ).

 

·         BIT  adalah unit asas untuk menyimpan data dalam ingatan komputer. Oleh kerana satu BIT tidak boleh menyimpan sebatang askara yang mesti diproses oleh komputer, maka BIT diletakkan bersama-sama dalam satu kumpulan yang dipanggil BAIT.

 

·         Biasanya 8 BIT bersamaan dengan 1 BAIT.

 

  • Tiap-tiap satu BAIT dapat membentuk atau menghasilkan satu aksara.

 

·         Komputer menyukat banyaknya ingatan dengan menggunakan unit BAIT.

 

 

 

 1 BAIT boleh membentuk 1 AKSARA

 

 AKSARA bermaksud huruf, angka dan simbol-simbol seperti ~,@,#,$,% dan lain-lain lagi.

 

BIT dan BAIT boleh juga dikira dengan menggunakan unit berikut:-

 

1/2 BAIT = 4 BIT = 1 NIBBLE

 

2n    -       2 BIT dipanggil 'perkataan'

 

4n    -       4 BAIT atau 32 BIT dipanggil

 

                '2perkataan' atau "perkataan

 

                 panjang"

 

 

 

 

 

·         Oleh yang demikian, komputer yang mempunyai chip 80386DX dan 0486 boleh menyimpan dan mendapatkan semula dua "perkataan dalam satu operasi". Chip 80286 dan chip 80386SX pula hanya sebanyak satu "perkataan" dalam sesuatu operasi.

 

8 BIT                =              1 BIT=1 AKSARA

 

1024 BAIT       =              1 Kilobait (KB)

 

1024 KB          =              1 Megabait (MB)

 

1024 MB          =              1 Gigabait (GB)

 

1024 GB          =              1 Terabait (TB)

 

 

 

1 GB                =              10.7 ribu juta BAIT.

 

1 TB                =              1,099.5 ribu juta BAIT.

 

  • Ingatan dalam komputer mikro biasanya memegang sekurang-kurangnya 256 KB (262, 144 BAIT) sehingga memanjang kepada 16 MB dan lebih. Kini komputer yang menggunakan chip 80286 SX(16 BIT) boleh ditambah ingatannya sehingga 32MB.

 

 

 

Kod mewakili aksara dan nombor dalam sistem komputer

 

 

 

Bagaimana operasi dilakukan dalam komputer? 

 

 

 

Pertama sekali semua data dan arahan akan dimasukkan ke dalam komputer, akan diwakilkan secara elektronik dengan nombor binari.

 

 

 

Apakah nombor binari?

 

 

 

Nombor binari ialah nombor yang menggunakan dua digit sahaja iaitu 0 dan 1. dua digit ini disebut bit iaitu singkatan untuk binari digit. Dalam istilah komputer, nombor (0,1,2,3..), huruf abjad (A,B,C..) dan symbol khas (!,@,#,$..) dipanggil aksara. Aksara-aksara ini diwakilkan dengan 1 bait iaitu himpunan 8 bit.

 

 

 

3 jenis skema kod binari yang digunakan untuk mewakili aksar iaitu:

 

  • Kod ASCII  iaitu singkatan bagi American Standard Code For  Information Interchange. Kod ini paling luas digunakan pada mikrokomputer.
  • EBCDIC ialah singkatan bagi Extended Binary Coded Decimal Interchange Code. Ia direka oleh IBM khusus untuk komputer berkeupayaan tinggi.
  • Unicode dibangunkan oleh Unicode Inc dengan sokongan Apple, IBM dan Microsoft. Unicode menggunakan 16 bit bagi mewakilkan aksara. Dengan 16 bit, ia boleh mewakilkan lebih banyak aksara.

 

Contoh Kod ASCII Dan EBCDIC:-

 

 

 

    Semua data dan arahan dimasukkan ke dalam komputer, akan diwakilkan secara elektronik dengan nombor binari. Bila anda huruf A ditekan pada papan kekunci, satu siri denyutan elektronik akan dihantar ke unit sistem. Sistem unit kemudian akan menukar isyarat denyutanelektronik tadi ke kod ASCII iaitu 0100 0001. Sebagai contoh lihat rajah di bawah:-

 

 

 

SIMBOL

ASCII

EBCDIC

A

0100 0001

1100 0001

B

0100 0010

1100 0010

1

0100 0010

1111 0000

2

0011 0010

1111 0010

!

0010 0001

0101 1010

0010 0010

0111 1111

 

 

 

 

 

Fungsi komponen pada papan induk

 

 

 

1)     RAM

 

2)    ROM

 

3)    KAD

 

4)    MIKROPEMPROSESAN

 

 

 

 

 

1.             RAM

 

ï‚·      Ingatan Capaian Rawak

 

ï‚·      3 jenis ruang ingatan:-

 

  ingatan biasa (conventional) : sebanyak 640 KB yang pertama digunakan, memuatkan sistem pengoperasian dan perisian aplikasi.

 

  Ingatan atas (upper memory) : di antara 640 KB dan 1 MB; menyimpan sebahagian daripada sistem pengoperasian

 

  Ingatan tambahan (extended memory : semua ingatan melebihi 1MB

 

 

 

 

2.   ROM

 

   Ingatan Baca Sahaja

 

   3 jenis chip ROM

 

   PROM (programmable ROM) :ingatan baca sahaja yang boleh di aturcarakan, cip kosong yang boleh diaturcarakan

 

  EPROM ( erasable prom ): ingatan dengan aturcara yang boleh dipadamkan menggunakan tatacara sinaran ultra-ungu

 

  EEPROM (electrically eprom): PROM yang boleh dipadam dengan menggunakan elektronik dan boleh menyimpan aturcara dalam komputer peribadi

 

     

 

3.    KAD

 

       kad tambahan dimasukkan pada slot dalam unit sistem

 

       kad tambahan mempunyai port yang membolehkan kabel disambungkan dari port ke peranti-peranti.

 

       Jenis-jenis kad:-

 

~  kad adaptor perangkaian ; digunakan untuk

 

    menyambung satu komputer dengan

 

    komputer yang lain

 

 

~  kad antara muka sistem komputer kecil ;

 

    digunakan untuk penyambungan  kepada

 

    peranti seperti pencetak, pemacu cakera

 

    keras dan pemacu CD-ROM.

 

~  kad penala tv; membolehkan anda menerima

 

    siaran tv dan membolehkan anda melayari

 

    internet dan menonton tv dalam satu masa.

 

~  kad PC ; membolehkan penambahan ingatan

 

    dan juga merangkai komputer bimbit ke

 

    komputer lain.

 

 

 

 

 

4.    MIKROPEMPROSESAN

 

    berfungsi sebagai satu Unit Pemprosesan Pusat

 

   adalah singkatan kepada mikroskopik pemproses, iaitu litar seni pada pemproses komputer, komponen menukarkan data kepada maklumat.

 

   Cip mikropemproses Intel merupakan asas kepada kebanyakan mikrokomputer.

 

   Terdapat dua jenis cip mikropemproses;

 

                                                             I.      Cip CISC ( Complex Instruction Set Computer)

 

-         Pentium I dan PentiumII

 

-         Menjadi asas reka bentuk dalam siri mikropemproses

 

 

 

                                                          II.      Cip RISC (  Reduced Instruction Set Computer )

 

-         lebih mudah dan murah berbanding cip CISC

 

-         Contoh cip Power PC keluaran motorola

 

 

 

 

 

 

Ciri-Ciri RAM, ROM, CMOS dan EPROM

 

 

 

RAM

 

ï‚·      Cip RAM menyimpan atur cara dan data yang sedang di proses oleh pemproses.

 

ï‚·      Bersifat sementara yakni data akan hilang bila punca kuasa dimatikan atau bila berlakunya ganguan punca  kuasa

 

 

 

 

ROM

 

ï‚·       Cip ROM dikenali sebagai firmware

 

ï‚·       Cip ingatan yang dimuat dengan arahan tertentu semasa pengilangan

 

ï‚·       Ingatannya kekal

 

ï‚·       Mengandungi aturcara khas untuk satu operasi komputer

 

 

 

 

CMOS

 

ï‚·       Mengandungi maklumat yang sentiasa diperlukan setiap kali komputer dihidupkan

 

ï‚·       Dijana dengan kuasa bateri

 

ï‚·       Kandungan tidak akan hilang walaupun pengguna membuat perubahan pada perkakasan

 

ï‚·       Cip akan mengemaskinikan maklumat

 

 

 

 

 

EPROM

 

ï‚·       ingatan dengan aturcara yang boleh dipadamkan menggunakan tatacara sinaran ultra-ungu

 

ï‚·       terkandung di dalam ROM

 

 

 

STORAN PRIMER

 

 

 

1.    Sel storan yang menyimpan aturcara yang sedang dilaksanakan.

 

 

 

2.    Dikenali sebagai 'main memory' atau RAM

 

 

 

3.    Setiap sel yang berkaitan mempunyai alamat yang unik

 

 

 

4.    RAM mempunyai ingatan yang terhad.

 

 

 

5.    Ingatan di dalam RAM adalah meruap

 

 

 

 

 

 

 

Komponen-komponen sokongan sistem komputer

 

 

 

 

 

 Storan sekunder

 

 

 

 perbezaan storan primer dan sekunder

 

Storan Sekunder

 

 

 

Ciri-ciri storan sekunder

 

 

 

   meruap

 

 

 

   menyimpan banyak data

 

 

 

   data yang disimpan tidak kerap diperlukan

 

 

 

 

 

 

fungsi-fungsi storan sekunder

 

 

 

    menyimpan maklumat yang tidak kerap diperlukan

 

 

 

    dapat menyimpan data yang banyak

 

 

 

   contoh-contoh magnetik pipe, floopy, dan hard disk

 

 

 

   alternatif bagi pengguna menyimpan maklumat

 

 

 

 

 

 

 

 

Perbedaan antara storan primer dan sekunder

 

 

 

STORAN PRIMER

STORAN SEKUNDER

- MAKLUMAT YANG DISIMPAN ADALAH MERUAP

- MAKLUMAT YANG DISIMPAN TIDAK MERUAP

-CAPAIAN DATA CEPAT

- CAPAIAN DATA PERLAHAN

-KANDUNGAN TIDAK PERLU DIPINDAHKAN UNTUK DI CAPAI OLEH CPU

- KANDUNGAN PERLU DIPINDAHKAN KE STORAN PRIMER SEBELUM DICAPAI OLEH CPU

 

 

 

Kategori

  • Masih Kosong

Blogroll

  • Masih Kosong