KISAH CINTA ADAM DAN HAWA
Kisah Cinta Adam dan Hawa
Segala kesenangan ada di dalamnya.Semua tersediaapa saja yang diinginkan,
tanpa bersusah payah memperolehinya.Sungguh suatu tempat yang amat indah dan
permai, menjadi idaman setiap insan.Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah
SWT.selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya
pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama.Hamba yang dimuliakan itu
ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatangkara , tanpa mempunyai seorang kawan
pun.Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi
terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk
sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan kesana ke mari, sambil berkejarkejaran
di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan
kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian.Tetapi sungguhmalang ,
siapalah gerangan kawan yang hendak diajak.Ia merasa kesepian, lama sudah.Ia tinggal
di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra
sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai
berangin-angin di dalamtaman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh
bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anakanak
sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit
rindu.
Apasaja di dalam syurga semuanya nikmat!Tetapi apalah erti segalanya kalau hati
selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga.Iaperlu
kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam
kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang,
turunlahia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burungburung
bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi
tenteram, malah menjadi lebih tertikam.Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana
daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka
terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin
yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada
Allah SWT.Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha
Tahu serta Maha Melihatapa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya.Oleh itu Allah Ta'ala
ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk
mendapatkan kawan, sedangia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan
tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta
langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di
sekitarnya.Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu
kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah
kiri.Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang
rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu
cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan
kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam
a.s yang mendambakan seorang kawan tempatia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang
bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona
memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak
jauh di depannya.
Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah
merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang
langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya
seketika itu.
Adam terjaga....! Alangkah terkejutnyaia ketika dilihatnya ada makhluk manusia
seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya.Ia seolah tak percaya pada
penglihatannya.Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan
apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya
sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan
senyummanis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang
memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.
Memang dijadikan Hawa dengan bentuk danparas rupa yang sempurna.Ia dihiasi
dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan,
kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di
samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang
memandangnya.
Iaadalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan
diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan
yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya.Tidak dijumpai cacat pada dirinya
keranaia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara
langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya.Kecantikan
itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai
anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia.Bahkan diriwayatkan
bahawa kelak semua penduduk syurgaakan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya
rupa Adam a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya.Iamembuka
matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam.Ia sedar bahawa orang asing di
depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan
dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya.Ia yakin ia tidak salah
pandang.Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja.Ia serta
merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan.Ia
sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya.Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid
memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya
menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap
www.rajaebookgratis.com
apa yang terselit di kalbunya.
Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteriputeri
yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanamasmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta
menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah,
iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada
puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang
jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa.Iaberseru: “Aduh, hai si
jelita, siapakah gerangan kekasih ini?Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah
engkau disini?”Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah.“Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun
seketika.“Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan
indah terdengar setiap saat di dalam syurga.Tetapi suara Hawa....tidak pernah di
dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu.Suaranya
membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang palingsegar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan
terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!”Kata-kata itu nikmat, menambah
kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari
Tuhan.Iatahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan.Jadi, kalau cinta
kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan.Jadi cinta itu bukan dosa tetapi
malah suatu pengabdian.Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin
mendalam.Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan
demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah
engkau!”Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak.Tangannya, kepalanya, memberi
isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!”Suaranya yang
bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
www.rajaebookgratis.com
Adam tidak ragu-ragu.Iamengayuh langkah gagah mendatangi Hawa.Maka sejak
itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah.Iasedar
bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai
syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya,ia tak dapat menyangkal bahawa iapun
terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa.Iatahu itu bukan dosa.Ia tahu membaca isi hati.Ia tahu
bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar
dari sikap malu seorang gadis yang berbudi.Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa
mahu”. Kerananyaia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya.Naluri
insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekatia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya
kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu.Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali
dengan mahar dan menikah!”.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat.Hawa pun mendengar teguran
itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itusama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Allah SWT.Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan
batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan
gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai
perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasanperhiasan
syurga.Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk
berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas
pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT.berfirman: “Segala
puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan
adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku.
Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa
Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah
keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.
www.rajaebookgratis.com
Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari
menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua
pengantin agung tersebut.Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan
isterinya di istana megah yangakan mereka diami.
Hawa menuntut haknya.Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian
ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika.Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia
memberi.Iainsaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam
pergaulan hidup.
Sekarangia sudah mempunyai kawan.Antara sesama kawan harus ada saling
memberi dan saling menerima.Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima
kehalalan ialah mahar.Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk
menerima mahar adalah benar.
Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan
wanitaakan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar.Dan kini apakah
bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan
yangakan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata Tuhan.
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai
maharnya?”tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya.Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau
begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
Allah SWT.berfirman : “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku,
Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad,
cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah
sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega.Iamengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi
www.rajaebookgratis.com
Muhammad SAW.sebagai mahar kepada isterinya.Suatu mahar yang bernilai spiritual,
kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia
sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapansalam .Hawa
menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT.berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama
isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua
ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya)
kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam
syurga.Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia,
dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan.Iaitu sebuah pernikahan agung
yang dihadiri oleh para bidadari,jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat.Entah berapa lama
keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu.Lalu keduanya diperintahkan
turun ke bumi.Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yangakan mengabdi
kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi
hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman AllahSWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu.Kemudian
jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku,
nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 38)