Tugas Pengenalan Komputer

17 September 2012 09:24:47 Dibaca : 879

 

Pengenalan Kepada Sistem dan Rangkaian Komputer

 

PENGENALAN

Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat.

Rangkaian Setempat (Local Area Network)


Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:

    • Jenis LAN - Pengguna dan pelayan (Client-server)

- Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)

    • Komponen-komponen LAN
    • Topologi LAN
    • Kesan dari LAN

A . Jenis-jenis LAN

Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:

1. Pengguna dan pelayan (Client-server)

Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:

    • Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
    • Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
    • Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
    • Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
    • Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.

Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya.

 

2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)

Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.

Kelebihan

Kelemahan

  • Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
  • Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
  • Sesuai untuk organisasi yang kecil.
  • Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
  • Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
  • Lambat berbanding dengan sistem client-server.

B. Komponen-komponen untuk LAN

1. Komputer pelayan (Server)

Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D

2. Stasen kerja (Workstation)

Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D.

 

Kategori

Blogroll

  • Masih Kosong