10 Jenis Air Mata

08 November 2015 00:32:43 Dibaca : 1181

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis karena rasa takut.
3) Menangis karena cinta.
4) Menangis karena gembira.
5) Menangis karena menghadapi penderitaan.
6) Menangis karena terlalu sedih.
7) Menangis karena terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis karena mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka ?
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s ?
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut ?
 Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
 Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
 Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
 Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
 Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
 Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Oleh karenya itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda ?

"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan ?

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Amalan - Amalan Harian

08 November 2015 00:28:18 Dibaca : 1255

Adab Tidur

Tidur bagi seorang muslim adalah dikira ibadat jika ia memenuhi adab-adabnya yaitu:-

- Membersihkan badan dari najis dan hadas bila hendak tidur, disunatkan mengambil wudhu sekalipun ia berada dalam hadas besar.
- Kedudukan badannya di waktu tidur mengadap ke kiblat seperti kedudukan mayat.
- Membaca doa atau surah-surah yang tertentu sewaktu hendak tidur, Rasulullah s.a.w. antara lainnya bila hendak tidur membaca surah al-ikhlas, al-Falaq dan al-Nas dihembuskan bacaan itu di kedua belah tangannya dan digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan ini diulangnya sebanyak tiga kali berturut-turut.

Adab Bangun dari Tidur:

1. Seorang Muslim apabila sedar dari tidur di waktu pagi hendaklah melafazkan ucap syukur kepada Allah s.w.t. kerana Allah masih memanjangkan umurnya untuk hidup. Ucapan syukur yang bermaksud: "Puji-pujian bagi Allah yang menghidupkan kami selepas kami dimatikan (tidur) dan kepadaNya kami kembali".
2. Kemudian ia bangkit menuju ke bilik air, ketika itu hendaklah ia kemaskan pakaiannya dengan niat menutup aurat yang dituntut oleh syarak.

Adab Masuk dan Keluar Tandas

1. Tandas adalah tempat kotor, tidak digalakkan tinggal lama di dalamnya kecuali sekadar untuk keperluan membuang air, disunatkan meletakkan sesuatu untuk menutup kepala ketika masuk tandas. Dimulakan dengan membaca doa pelindung yang bermaksud:- "Hai Tuhan, sesungguhnya aku minta perlindungan dengan Engkau dari syaitan jantan dan betina".
2. Kemudian melangkah masuk dengan kaki kiri.
3. Apabila telah selesai membuang air hendaklah keluar segera dengan melangkah kaki kanan, kemudian membaca doa kesyukuran kepada Allah yang bermaksud: "Puji-pujian bagi Allah yang telah menghilangkan daripadaku kesakitan dan menyihatkan aku".
4. Apabila telah selesai membersihkan najis hendaklah membaca doa bagi membersihkan kotoran zahir dan batin yang bermaksud:- "Hai Tuhan bersihkan hatiku dari nifak dan jagalah kemaluanku daripada zina".

Adab Bersugi dan Berwuduk

1. Membersih mulut dan gigi amat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:- "Kalaulah tidak kerana menyusahkan umatKu nescaya Aku menyuruh mereka bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang".
2. Bersugi adalah sunat menggunakan kayu sugi atau lain-lain alat sugi yang boleh membersihkan.
3. Sesudah itu mengambil wuduk, di waktu membersih anggota-anggota wuduk itu hendaklah diingatkan untuk membersih kekotoran batin juga. Bagi mengikat hati seseorang dari leka dan lalai ketika mengambil wuduk, setengah ulamak meminta supaya membaca doa di setiap anggota yang dibasuh dan disapu. Dimulakan wuduk membaca yang bermaksud: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hai Tuhan, aku minta berlindung dengan Engkau dari gangguan Syaitan dan aku minta berlindung dengan engkau, hai Tuhan dari mereka datang kepadaku".
4. Ketika membasuh dua tangan hendaklah membaca doa yang bermaksud: "Hai Tuhan, sesungguhnya aku meminta dari Engkau kesempurnaan dan keberkatan dan aku minta perlindungan dengan Engkau dari kecelakaan dan kebinasaan".
5. Ketika berkumur hendaklah membaca doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan, tolonglah aku membaca kitab Engkau, banyak berzikir kepada Engkau dan tetapkanlah aku dengan kata-kata yang tetap di dunia dan di akhirat".
6. Ketika memasukkan air ke hidung hendaklah membaca doa yang bermaksud: "Hai Tuhan, berikan kepadaku bau-bauan syurga dan Engkau reda kepadaKu".
7. Dan ketika mengeluarkan air dari hidung hendaklah membaca doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari bauan neraka dan kesiksaan neraka".
8. Ketika membasuh muka selain dari niat wuduk bacalah doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan, bercahayalah mukaku dengan cahaya Engkau, pada hari bercahayanya muka wali-wali Kamu dan janganlah kamu menggelapkan mukaku dengan kegelapan Engkau pada hari menjadi hitam muka musuh-musuh Kamu".
9. Ketika membasuh tangan dan siku hendaklah membaca doa; bagi tangan kanan membaca doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan, serahkanlah rekod amalanku melalui tangan kananku dan perhitungkanlah aku secara mudah".
10. Dan bagi tangan kiri hendaklah membaca yang bermaksud:- "Hai Tuhan sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari Engkau serahkan buku rekodku melalui tangan kiriku atau dari belakang".
11. Ketika menyapu kepala hendaklah membaca doa:- "Hai Tuhan litupilah aku dengan rahmat Engkau, turunkan keberkatan Engkau kepada aku, lindungilah aku dibawah bayang arasy Engkau pada hari yang tidak ada sebarang perlindungan kecuali lindungan bayangan Engkau, hai Tuhan, peliharalah rambutku dan kulitku daripada api neraka".
12. Katika menyapu dua telinga hendaklah membaca doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan, jadikanlah aku dari kalangan orang yang mendengar perkataan maka mengikut yang baiknya, hai Tuhan perdengarkanlah aku malaikat yang menyeru ke syurga, di syurga bersama-sama orang yang baik-baik".
13. Ketika membasuh kaki kanan hendaklah membaca doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan, tetapkanlah kakiku di atas titian Sira al-Mustaqin bersama tetapnya kaki-kaki hamba-hambamu yang salih".
14. Dan ketika membasuh kaki kiri hendaklah membaca yang bermaksud:- "Hai Tuhan, sesungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau dari tergelincirnya kakiku di atas titian Sirat ke dalam neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafik dan musyrik".
15. Apabila selesai mengambil wuduk, diakhiri dengan doa yang bermaksud:- Hai Tuhan, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersih dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang salih".

Adab ke Masjid

Keluar ke Masjid ialah menuju ke rumah Allah, untuk ke sana perjalanan hendaklah dalam keadaan tenang, kusyuk dan rendah diri. Ketika keluar membaca doa yang bermaksud:- "Hai Tuhan, jadikanlah dalam hatiku cahaya, di lidahku cahaya, jadikanlah pada pendengaranku cahaya, jadikanlah pada penglihatanku cahaya, jadikanlah di belakangku dan di hadapanku cahaya, dan jadikanlah di atasku cahaya, hai Tuhan berikanlah kepadaku cahaya".

Adab Masuk dan Keluar Masjid

1. Apabila sampai ke Masjid masuklah dengan langkah kaki kanan dan membaca doa yang bermaksud:- "Dengan nama Allah dan salam ke atas perutusan Allah, Hai Tuhan, ampunilah dosa-dosaku dan bukalah pintu-pintu rahmat Engkau untukku".
2. Apabila keluar dari masjid hendaklah membaca doa yang bermaksud:-"Dengan nama Allah dan salam ke atas perutusan Allah, Hai Tuhan, ampunilah dosa-dosaku dan bukalah pintu-pintu kelebihan Engkau untukku".

Adab Dalam Masjid

1. Apabila masuk ke Masjid sebelum duduk hendaklah sempurnakan sembahyang sunat "tahiyatul-Masjid" dua rakaat, lafaz niatnya yang bermaksud:- "Sahaja aku sembahyang sunat tahiyatul-Masjid dua rakaat kerana Allah Taala".
2. Kemudian diikuti dengan bacaan fatihah dan surah bagi tiap-tiap rakaat.
3. Setelah selesai sembahyang hendaklah diniat duduk iktikaf dalam masjid iaitu yang bermaksud:- "Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala".
4. Di waktu iktikaf itu adalah sebaik-baiknya diisi dengan bacaan Quran, zikir, selawat ke atas nabi, doa, sembahyang sunat dan lain-lain. Di dalam masjid ini hendaklah dielakkan dari percakapan-percakapan bersifat keduniaan.

Adab Puasa

- Puasa Ramadan adalah puasa wajib. Selain dari itu terdapat puasa-puasa sunat yang digalakkan oleh Syarak untuk peningkatan diri seseorang.
- Puasa mingguan iaitu hari Isnin dan Khamis.
- Puasa bulanan sehari di awal bulan, sehari di pertengahan bulan dan sehari di akhir bulan. Selain dari itu disunatkan puasa hari ketiga belas, empat belas dan lima belas pada tiap-tiap bulan.
- Puasa dalam bulan tertentu iaitu hari kesepuluh bulan Muharam (Asyura) dan hari kesembilan (tasu*a), puasa sehari di awal sepuluh hari bulan Zulhijjah, bulan Muharram dan bulan Rejab. Sunat banyak berpuasa pada bulan Syaaban.
- Apabila berpuasa hendaklah sentiasa menjaga adab zahir iaitu anggota dan lidah dari melakukan dosa dan batinnya supaya sentiasa ikhlas dan mengingati Allah. Secara umumnya niat puasa sunat ialah yang bermaksud:- "Sahaja aku puasa sunat besok hari kerana Allah Taala".

Adab Baca Al-Quran

Membaca Quran adalah ibadat. Setiap perkataan dan huruf yang disebut diberi pahala. Selain dari menimbulkan kesedaran batin dan kebersihan rohani manusia, sebab itu Rasulullah s.a.w. menekankan kepada sahabat-sahabatnya supaya meluangkan masa seberapa yang banyak untuk membaca dan memahami al-Quran. Secepat-cepat pembacaan Quran dikatamkan dalam masa tiga hari dan selewat-lewatnya jangan lebih dari sebulan dan sebaik-baiknya Quran dapat dikatamkan bacaannya dalam masa seminggu. Para sahabat kenamaan seperti Uthman, Zaid Ibn Thabit, Ibn Mas*ud dan lain-lain mengkatamkan Quran dalam masa seminggu dengan dibuat penyusunan surah-surah seperti berikut:-

- Malam Jumaat, Surah al-Baqarah - Surah al-Ma*idah
- Malam Sabtu, Surah al-*An*am - Surah Hud
- Malam Ahad, Surah Yusuf - Surah Maryam
- Malam Isnin, Surah Taha - Surah al-Qisas
- Malam Selasa, Surah al-Ankabut - Surah Sad
- Malam Rabu, Surah al-Tanzil - Surah al-Rahman
- Malam Khamis menghabiskan surah-surah yang baki.

Selain dari itu ada surah-surah yang tertentu digalakkan ulang membaca setiap hari seperti Yasin, al-Dukhan, al-Waqiah dan al-Mulk, lebih-lebih lagi pada hari dan malam Jumaat dengan ditambah surah al-Kahf dan Ali Imran.

Membaca Quran untuk keberkesanannya perlu kepada adab-adabnya antaranya ialah:-

- Disunatkan berwuduk untuk membaca Quran, memakai pakaian yang bersih dan di tempat yang bersih.
- Disunatkan membaca auzubillah di permulaan membaca.
- Disunatkan duduk menghadap kiblat, dengan kusyuk dan tenang serta menundukkan kepala.
- Disunatkan bersugi sebagai membesarkan Quran dan membersihkan.
- Hendaklah diberi perhatian membaca Bismillah di awal tiap-tiap Surah kecuali surah Bara*ah.
- Disunatkan membaca dengan penuh perhatian dan kefahaman, dengan demikian dapat melapangkan dada dan menyinarkan hati.
- Disunatkan menangis atau menimbulkan tangisan di waktu membaca Quran atau melahirkan perasaan sedih dan kusyuk.
- Memerdukan suara bila membaca Quran.
- Disunatkan membaca dengan Tafkhim.
- Disunatkan mengangkat suara atau merendahkan suara bila membaca Quran, ini bergantung kepada suasananya.
- Membaca dimushaf lebih afdal dari membaca dari hafalan.
- Apabila pembaca tersilap atau terlupa ayat hendaklah dibaca ayat sebelum itu kepadanya.
- Makruh menutuskan bacaan dengan percakapan manusia.
- Tidak harus membaca Quran dengan bacaan Shaaz.
- Sebaik-baik bacaan ialah mengikut tertib yang disusun dalam mushaf.
- Disunatkan menepati sebutan setiap huruf dalam Quran mengikut penentuan yang ditentukan oleh setiap wajah bacaan, tidak diubah kepada wajah bacaan lain.
- Sunat mendengar Quran apabila dibaca.
- Waktu yang diutamakan membaca Quran ialah di dalam sembahyang, waktu malam, separuh akhir malam dan sebaik-baik siang selepas subuh.
- Memelihara kehendak-kehendak maksud ayat bila membacanya. Apabila membaca ayat Sajdah hendaklah dilakukan sujud. Doa yang dibaca dalam sujud adalah mengikut konteks ayat yang dibaca.
- Dalam Quran terdapat sebanyak 14 tempat ayat Sajdah. Apabila membaca ayat tasbih hendaklah ia bertasbih dengan berkata subhanallah, ayat doa hendaklah berdoa dan beristigfar dengan berkata:-
- Disunatkan berpuasa pada hari Khatam Quran.
- Diakhiri bacaan Quran dengan doa.

Adab Berdoa:
Allah berfirman maksudnya "minta doalah daripadaKu, aku menerima doamu" (al-Mukmin 60)

- Memilih waktu yang baik bila bedoa seperti hari Arafah, hari Jumaat, bulan Ramadan, waktu sahur, waktu malam dan sebagainya.
- Memilih suasana yang baik seperti di waktu sujud, waktu hendak mendirikan sembahyang waktu di antara dua khutbah dan sebagainya.
- Mengadap ke Qiblat dengan mengangkat dua belah tangan sehingga nampak ketiaknya dan menyapu dua tangan ke muka apabila selesai berdoa.
- Tidak mengangkat suara di waktu berdoa.
- Berdoa dengan penuh perasaan takut, gerun, kehebatan dan kebesaran Allah serta khusuk kepadaNya.
- Merasa tenang dan yakin dengan penerimaan Allah dan menaruh penuh harapan kepadaNya.
- Doa susunan katanya tidak memberatkan dan tidak bersajak.
- Berdoa dengan penuh perhatian dan mengulang-ulang sebutan.
- Memulai doa dengan menyebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
- Membersihkan batin dengan bertaubat kepada Allah dan hanya menerima Allah sepenuhnya.
- Bersih badan dari kekotoran hadas dan najis.

Adab Berzikir:

Allah berfirman maksudnya, "maka ingatlah kepadaku, nescaya Aku ingat kepadamu". "Sesungguhnya dengan berzikir kepada Allah dapat menenangkan hati".

- Berzikir dapat dilakukan dengan lidah atau hati sahaja, tetapi yang sebaik-baiknya berlaku serentak di antara hati dengan lidah. Sebaik-baik tempat berzikir ialah di tempat lapang dan bersih, digalakkan berzikir di Masjid dan tempat-tempat lain yang bersih dan terhormat.
- Berzikir hendaklah dengan ada kesedaran hati, menyedari dan memahami apa yang diucapkan.
- Berzikir dengan penuh perhatian dan kemesraan terhadap ucapan itu "takbir" dengan itu ucapan zikir hendaklah perlahan dan tidak cepat.
- Kebersihan diri dari kekotoran hadas dan najis.

Adab Bertaubat:

Allah berfirman maksudnya, "Allah suka kepada orang yang bertaubat dan orang yang bersuci".

1. Taubat ialah meminta keampunan dari Allah s.a.w. di atas kesalahan yang dilakukan samada terhadap Allah atau manusia. Lafaz taubat yang bermaksud: "Aku meminta ampun dari Allah yang Maha Besar yang tiada Tuhan yang lain melainkan Dia yang hidup dan berdiri dengan sendiri dan juga aku minta taubat daripadaNya."
2. Bagi keberkesanan taubat perlu kepada memenuhi syarat-syarat ini, meninggalkan daripada maksiat itu, menyesal di atas perbuatan yang dilakukan dan ia berkeyakinan tidak akan kembali mengulangi maksiat itu selama-lamanya. Kalau kesalahan itu berkaitan dengan hak manusia hendaklah dikembalikan atau diminta izin daripadaNya.

Menemukan Kebaikan di Mana-Mana

08 November 2015 00:22:53 Dibaca : 994

Ada sebuah keluhan yang hampir selalu muncul di setiap pembicaran tentang stres. Tanpa mengenal kondisi dan situasi, ada banyak orang yang mengeluhkan peran orang lain. Dari tuduhan orang lain itu tidak mau mengerti, cenderung menipu, jahat, tidak mau membantu, bikin kesal, sampai dengan tuduhan orang lain sebagai biang stres. Ada bahkan yang menyebutkan bahwa dirinya jarang sekali bertemu orang baik.

Izinkan saya membagi eksperimen saya dalam kehidupan. Hampir setiap minggu saya terbang. Dan sekretaris saya hafal betul, kalau sebelum melakukan confirm terhadap tiket, ia harus menemukan tempat duduk agak di depan dan di lorong. Dulu, sering sekali setiap check in di bandara, saya menginformasikan bahwa sekretaris saya sudah book tempat duduk di depan dan lorong. Dan sering kali juga tidak kebagian tempat yang saya inginkan. Tidak jarang hati ini dibuat kesal. Sempat mengira kekeliruan ada di sekretaris. Namun, belakangan pendekatan saya dalam melakukan check in dirubah. Tidak lagi menyebutkan bahwa sekretaris sudah book tempat duduk, dengan ekspresi penuh senyuman saya katakan begini : 'saya akan senang sekali kalau dapat tempat duduk di depan dan di lorong'. Sebagai hasilnya, belum pernah sekalipun saya dikecewakan.

Apa yang mau diilustrasikan cerita ini sebenarnya sederhana, kalau kita mau merubah pendekatan kita pada orang lain, banyak orang dengan amat suka rela membagi kebaikan dengan kita. Modalnyapun tidak terlalu mahal : senyum, keyakinan bahwa orang lain baik, dan memperlakukan mereka sebagaimana kita ingin diperlakukan orang. Dan saya memetik banyak sekali manfaat dari cara ini. Bahkan orang yang tadinya amat tidak bersahabatpun bisa berubah menjadi baik dengan pendekatan ini.

Ada harga yang harus dibayar tentunya. Gengsi dan harga diri hanya sebagian saja dari kekuatan yang mesti dikelola dalam hal ini. Belum lagi emosi, marah dan sejenisnya.

Seorang guru meditasi pernah bertutur sebuah cara yang berhasil menurunkan gengsi saya secara amat drastis. Di tempat Anda duduk sekarang ini, cobalah tutup mata sebentar. Ajaklah sang fikiran melompat ke belakang seratus tahun, enam ratus dan bahkan dua ribu tahun. Kemudian, lompatkan lagi fikiran ke seribu tahu ke depan. Gambarkan secara jelas, kehidupan di tempat ini pada tahun-tahun tadi. Dalam perjalanan waktu tadi, kemudian lihat diri Anda yang sedang duduk. Bukankah diri ini tidak lebih dari sebutir pasir di tengah samudera ? Setetes air di lautan yang amat luas ? Pertanyaannya kemudian, layakkah membesar-besarkan diri dengan gengsi dan harga diri di tengah-tengah kekerdilan macam ini ?

Lama sempat saya dibuat merenung oleh latihan kecil ini. Sempat juga tidak percaya. Namun, dalam pemahaman yang lebih dalam, dia banyak menyelamatkan diri ini dari perangkap gengsi dan harga diri. Dulu, ada perasaan kurang enak kalau naik pesawat kelas ekonomi. Sekarang, ia bukan lagi menjadi halangan berarti. Dulu, ada kebutuhan agar dikagumi orang lain setelah menulis. Sekarang, dia tidak lagi menjadi syarat dan motivasi menulis. Dulu, ada perasaan tersinggung kalau ada pertanyaan orang dalam seminar yang memojokkan. Sekarang, dia malah menjadi sahabat kedewasaan dan kesabaran.

Setelah gengsi dan harga diri, sarana berikutnya agar menemukan sebanyak mungkin kebaikan adalah senyum. Inilah sarana murah namun amat meriah hasilnya. Baik mencakup materi maupun non materi. Pariwisata Bali, Singapore Airline hanyalah sebagian kecil contoh, bagaimana senyum bisa menghasilkan sejumlah kedahsyatan. Di tingkatan individu, senyum tidak saja merubah wajah seseorang menjadi lebih menarik, tetapi juga menciptakan magnet yang bisa menarik kebaikan orang lain.

Saya punya seorang rekan yang memiliki mimik muka selalu senyum. Lebih-lebih ditambah dengan lesung pipit kecil di pipinya. Didorong oleh keingintahuan akan dampak senyum, saya bertanya tentang jumlah sahabat yang dia miliki. Ternyata dia memiliki sahabat di mana-mana. Dalam banyak kejadian, dia bahkan dibantu banyak orang secara amat suka rela.

Di Amerika sana ada seorang tua yang berhasil merubah tidak sedikit anak amat nakal menjadi manusia biasa dan sebagian lagi menjadi anak baik. Tidak sedikit anak-anak pembunuh yang berhasil dirubahnya. Ketika ditanya rahasianya, dia mengatakan tidak punya rahasia. Kalaupun ada rahasia, rahasia tadi ditulis besar-besar di gerbang depan rumahnya yang bertuliskan : there is no such thing as bad kids. Tidak ada anak yang pada dasarnya nakal.

Nah inilah sarana terakhir - setelah menundukkan gengsi dan menebar senyum - dalam usaha menemukan kebaikan di mana-mana : meyakini bahwa orang lain itu baik. Kalau pembunuh saja bisa dirubah dengan cara ini, apa lagi orang biasa.

Saya masih teringat betul komentar rekan-rekan ketika saya dan isteri menikah di umur muda. Tidak sedikit yang meramalkan kami akan cerai tiga bulan kemudian - terutama karena saya memiliki banyak kekurangan. Sekarang, setelah puteri kami yang tertua sebentar lagi berumur tujuh belas tahun, tidak jarang isteri saya menelpon dari tempat yang amat jauh hanya untuk berucap singkat : dad I love you !. Kalau Anda tanya rahasianya, tentu saja semuanya sudah saya ungkapkan dalam tulisan pendek ini.

Semuanya Berawal Dari Sini

08 November 2015 00:21:33 Dibaca : 889

Ada sebuah film yang sempat menarik perhatian saya. Ia berjudul Flat Liners. Di layar kaca HBO film ini sudah diputar lebih dari dua kali. Demikian tertariknya saya, sampai-sampai sempat menonton sampai dua kali. Film yang bertutur tentang eksperimen sejumlah mahasiswa kedokteran tentang kematian ini, cukup menggugah kesadaran saya akan makna hidup.

Betapa tidak menggugah, di gerbang kematian - sebagaimana dituturkan film ini - orang tidak membawa harta, nama besar, apa lagi pujian orang lain. Dan yang harus kita bawa adalah perbuatan-perbuatan kita selama hidup. Mengingat perbuatan setiap orang berbeda, maka dari lima mahasiswa kedokteran yang pernah mengalami kematian beberapa detik ini, pengalamannya amat berbeda.

Boleh saja sutradara film ini menyimpulkannya demikian. Namun, dari segi lain film ini menghadirkan makna berbeda bagi saya. Banyak orang sudah tahu, kalau gerakan alat pendeteksi jantung menunjukkan gerakan grafik yang berbeda, antara orang sehat dan sakit, apa lagi antara orang masih hidup dengan orang yang sudah meninggal. Yang jelas, orang masih hidup memiliki gerakan grafik naik turun. Sedangkan orang sudah meninggal, bergerak datar tanpa siklus naik turun.

Ini memang pekerjaan teknologi. Tapi bagi saya ia menghadirkan perlambang makna yang tidak dangkal. Sebagaimana kita rasakan sendiri, setiap manusia hidup yang manapun selalu - sekali lagi selalu - menjalani siklus. Setelah suka ada duka. Sehabis gelap ada terang. Siang berganti malam. Masa berkuasa berganti masa pensiun. Tidak ada yang bisa melawan hukum ini. Kahlil Gibran bahkan menulisnya secara amat indah : 'ketika kita bercengkerama di kamar tamu dengan kebahagiaan, kesedihan sedang menunggu di kamar tidur'. Ini berati, kita hidup serumah dengan kebahagiaan dan kesedihan. Bagaimana kita bisa menghindar dan buang muka dari orang yang hidup serumah dengan kita ?

Tidak ada orang yang mengenal secara eksak apa yang terjadi setelah kematian. Namun, melihat paralel antara siklus gerakan alat pendeteksi jantung, dengan siklus hidup manusia yang mengenal naik turun, jangan-jangan kematian adalah awal dari kehidupan tanpa siklus. Dia datar dalam semua cuaca. Ini memang hanya sebuah spekulasi yang perlu pendalaman-pendalaman, dan pembuktian-pembuktian.

Pada sejumlah agama dan keyakinan yang saya tahu, kematian adalah awal dari proses pemurnian dan pembersihan. Atau dalam bahasa sebuah pilosopi timur, kembali ke titik nol. Di titik nol memang tidak ada positif maupun negatif. Tidak ada naik dan turun. Tidak ada besar dan kecil. Mirip dengan garis yang mendatar. Entah benar entah salah, inilah yang disebut sejumlah orang dengan terminologi seperti kemurnian, pencerahan, pembersihan jiwa.

Dalam posisi seperti ini, manusia tidak lagi memerlukan atribut-atribut seperti harta, kekuasaan, dan pujian. Semua ini menjadi tidak relevan, karena baik harta, kekuasaan, maupun pujian adalah angka-angka absolut yang mengenal siklus naik-turun. Lebih dari sekadar tidak butuh atribut, kemurnian dan pencerahan pada titik nol ini, juga menghadirkan kekebalan-kekebalan. Stres, penyakit, gangguan orang lain dalam bentuk apapun, tidaklah banyak pengaruhnya terhadap badan dan jiwa yang sudah sampai titik nol.

Dalam kejernihan saya ingin bertutur ke Anda, semuanya berawal dan berakhir di sini (baca : titik nol). Mirip dengan cerita Miyamoto Musashi, ketika Musashi dalam kebingungan berat dan kemudian bertanya ke gurunya. Sang guru hanya menjawab dengan sebuah gambar lingkaran di tanah.

Saya pribadi memang kadang bertemu titik nol tadi, kadang juga tidak. Maklum, masih menyandang status manusia hidup yang biasa. Lebih-lebih dalam tekanan-tekanan pekerjaan dan tekanan hidup yang berat. Siklus naik turun bergerak dalam ritme yang lebih besar dari biasanya. Akan tetapi, pada saat kita bisa melampaui suka-duka, naik-turun, kaya-miskin (sampai di titik nol), maka badan dan jiwa ini terasa amat ringan tanpa beban sedikitpun.

Mungkin lebih ringan dari kapas dan udara. Tidak ada beban masa lalu yang berat. Tidak ada ketakutan hari ini yang mengganggu. Apa lagi kekhawatiran akan masa depan. Semuanya hilang dan lenyap ditelan kesadaran.

Tentu ada yang bertanya, mampukah setiap orang mencapai titik nol ? Beban dan bekal orang hidup memang berbeda-beda. Ibarat berjalan jauh, ada yang membawa tas gendong berat, ada juga yang ringan. Dan yang membuat semuanya jadi berat dan ringan hanyalah satu : kualitas rasa syukur kita pada sang hidup dan kehidupan. Dalam kualitas rasa syukur yang tinggi, kesadaran muncul seperti sayap yang membuat semuanya jadi ringan.

Boleh saja ada orang yang meragukan hubungan antara rasa syukur dengan kesadaran. Dan bagi saya, dua hal ini seperti hubungan ibu anak. Rasa syukur adalah ibunya kesadaran. Coba saja perhatikan sendiri di lingkungan masing-masing, bukankah orang-orang yang tidak puas dan tidak pernah bersyukur, kesadarannya terbungkus oleh banyak sekali hal ? Keserakahan akan harta, terlalu bernafsu pada kekuasaan, kecemburuan pada prestasi orang lain, ketakutan kehilangan kursi kekuasaan, terlalu bernafsu untuk segera duduk di kursi kekuasaan, hanyalah sebagian bungkus kesadaran, yang diakibatkan oleh keringnya rasa sykur. Titik nol - sebagai awal dari semua hal - tentu saja amat dan teramat sulit dicapai dalam kehidupan seperti ini.

Kalah Itu Indah

08 November 2015 00:19:33 Dibaca : 876

Entah dari mana asal usulnya, entah mulai dari wacana, entah dari masyarakat dengan ciri ego centered society, entah merupakan ekses negatif dari individualisme berlebihan, yang jelas wacana kita - di dunia politik, bisnis maupun dunia lainnya - sangat dominan diwarnai oleh kecenderungan hanya mau menang. Jarang sekali - kalau tidak mau dikatakan tidak ada - ada pihak-pihak yang secara ikhlas rela kalah.

Ibarat turnamen sepak bola, juara satunya selalu satu. Sedangkan yang bukan juara satu selalu jumlahnya lebih banyak dari satu. Sehingga kalau dilakukan adu jotos antara totalitas manusia yang kalah dengan mereka yang menang, maka juara satunya pasti babak belur.

Dalam perspektif seperti ini, apa yang terjadi di dunia politik khususnya di bulan-bulan terakhir ini sebenarnya mencerminkan tiga hal penting. Pertama, tidak ada pihak yang mau kalah. Seolah-olah kalah adalah barang haram dan hina dina. Kedua, siapa saja yang jadi pemenang hampir selalu berada pada posisi tersiksa diserang dari kiri-kanan. Ketiga, sebagai akibat dari point pertama dan kedua tadi, maka arena politik kita lebih mirip dengan arena kerusuhan, dibandingkan turnamen sepak bola plus nilai-nilai sportivitasnya.

Mari kita mulai dengan point pertama tentang tiadanya orang yang mau kalah. Dengan sedikit kejernihan saya ingin mengajak Anda bertutur, dalam turnamen olah raga umumnya, kalah disamping menjadi resiko bagi siapa saja yang mau ikut pertandingan, kalah sebenarnya bersifat mulia. Dikatakan mulia, karena di bahu pihak-pihak yang kalahlah nasib kemeriahan dan kedamaian pertandingan ditentukan. Untuk menang, Anda dan saya tidak memerlukan kearifan dan kebesaran jiwa. Semuanya serba menyenangkan, bermandikan tepuk tangan dan kekaguman orang, dan yang paling penting keluar dari lapangan berselimutkan pujian banyak orang. Namun untuk kalah, ceritanya jauh sekali berbeda. Ejekan dan makian orang memang kadang datang. Usaha kita memang terasa sia-sia. Banyak mata yang tadinya bersahabat jadi bermusuhan.

Akan tetapi, di balik semua ejekan dan hinaan tadi tersembunyi danau-danau kemuliaan yang amat luas. Fundamen dasar bangunan demokrasi masyarakat manapun, dibangun di atas jutaan bahu manusia-manusia yang kalah. Tidak ada satupun bangsa bisa membuat dirinya jadi demokratis tanpa fundamen terakhir. Dengan kata lain, keindahan demokrasi - kalau mau jujur - lebih banyak ditentukan oleh pihak yang kalah. Keindahan tadi berubah menjadi kemuliaan, karena sudah disebut kalah plus seluruh makian orang banyak, tetapi malah lebih menentukan nasib orang banyak.

Anda bisa bayangkan nasib Jepang yang berganti Perdana Menteri demikian sering, nasib Amerika yang telah berganti presiden puluhan kali, serta nasib bangsa-bangsa lain yang sudah berganti pemimpin demikian sering. Tanpa kebesaran jiwa pihak yang kalah, setiap pergantian pemimpin akan ditandai oleh kemunduran akibat kerusuhan-kerusuhan yang tidak perlu.

Ini dari segi pihak yang kalah. Dari segi pemenang, menang memang menghadirkan banyak kemewahan-kemewahan. Kekaguman, tepuk tangan, jumlah pengikut yang bertambah, sampai dengan kekuasaan yang menyilaukan. Semua ini memang buah hasil dari perjuangan panjang dan melelahkan. Bagi banyak pemenang, ini memang hadiah yang layak diterima. Hanya saja, sadar bahwa bangunan institusi demokrasi di manapun senantiasa dibangun di atas jutaan bahu-bahu manusia kalah, selayaknya pemenang sadar di atas bangunan apa mereka berdiri.

Dalam bangunan fisik yang sebenarnya, fundamennya adalah bata, pasir, semen dan barang-barang mati lainnya. Bangunan demokrasi berdiri di atas bahu-bahu manusia kalah yang hidup, dinamis, mengenal emosi dan kalkulasi-kalkulasi politik. Makanya, sungguh mengagumkan bagi saya, ketika George W. Bush memulai pidato pertamanya sebagai presiden AS dengan kalimat indah seperti ini : 'I was not elected as President to serve one party, but to serve one nation'.

Lepas dari keindahan-keindahan demokrasi negara lain, suka tidak suka kita sedang berhadapan dengan arena politik yang jauh dari indah. Entah mana yang benar, seorang sahabat menyebut kalau orang kalah yang tidak tahu dirilah yang menjadi biang dari kondisi kita. Ada juga yang berargumen, pemenang yang sombong dan angkuhlah yang menjadi awal semuanya. Dan bagi saya, semuanya sudah tercampur menjadi adonan-adonan kerusuhan yang mengerikan dan menakutkan.

Sebagaimana sulitnya memisahkan campuran bubur ayam yang sudah demikian menyatu, memisahkan kedua campuran adonan kerusuhan ini memang amat sulit - kalau tidak mau disebut niscaya. Apapun solusinya, kita semua memiliki kepentingan untuk mendidik generasi masa depan bahwa tidak hanya kemenangan yang menghasilkan keindahan, kalah juga bisa berakhir indah. Kemenangan memang menghasilkan banyak kegembiraan dan kebanggaan. Namun kekalahan adalah gurunya kesabaran, kearifan dan kebijaksanaan yang tidak ada tandingannya. Sesuatu yang tidak bisa diberikan oleh kemenangan manapun. Dan yang paling penting, siapa saja yang kalah, kemudian bisa keluar dari ring pertandingan dengan tersenyum ikhlas dan menyalami pemenangnya, plus membantu pemenang dalam kenyataan sehari-hari demi kemajuan bersama, merekalah pemimpin kita yang sebenarnya. Kendati tanpa jabatan, pasukan, kekuasaan, tahta, pujian dan tepuk tangan orang lain, merekalah the true leaders. Punyakah kita the true leaders seperti itu ?.