9 Jenis Anak Setan
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/warung supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya berprasasangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasud raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Senang dengan kedudukan/kekayaan hingga melupakan kebaikan rakyat dan tidak mau mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berteman baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: diskotik, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Menyesatkan dan melalaikan ahli dan orang yg suka musik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kesenangan.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yg berawal dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan sholat dan menggegaskan ibadah – ibadah yang lain
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.