10 ciri Individu Muslim

03 September 2013 09:16:21 Dibaca : 1538 Kategori : Individu Muslim

Salimun Aqidah [Aqidah yang sejahtera]

Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad s.a.w sebagai NabiSentiasa muraqabah Allah dan memperingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikirMenjaga kebersihan hati, bertaubat,istighfar, menjauhi dosa dan syubhat

Sohihul Ibadah [Ibadah yang Benar]

Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanyaPerlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haramTidak melampau atau berkurang (wasatiah-pertengahan)

Matinul Khuluq [Akhlak yang unggul]

Akhlak kita adalah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi sawDijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai’e iaitu:sensitif,tawadu’,benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk, dll

Qadiran Ala Kasbi [Mampu berdikari]

Walau kaya perlu bekerjaTidak terlalu mengejar jawatanMelakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknyaMenjauhi riba dalam semua lapanganMenyimpan untuk waktu kesempitanMenjauhi segala bentuk kemewahanMemastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak terjatuh ke tangan bukan Islam

Mutsaqqafal Fikri [Fikiran yang berpengetahuan]

Perlu berpengatahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lainPerlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama’ yang ThiqahPesan Imam Al-Banna: perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan menjadi pakar dalam bidang yang diceburiMampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah,kisah salaf serta mempelajari kaedah serta rahsia hukum yang penting

Qawiyyul Jism [Kuat tubuh badan]

Dakwah berat tanggungjawab dan tugas-perlukan badan yang sihat dan kuatRasulullah saw menitikberatkan soal ini. Mafhum Hadith:Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,tetapi pada keduanya ada kebaikan.Pesan Al-Banna: memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadahdan tidak memakan atau meminum sesuatu yang boleh merosakkan badan

Mujahadah Ala nafsi [Mampu melawan nafsu]

Perlu azam yang kuat untuk melawan nafsunya dan mengikut kehendak IslamTidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan IslamDai’e mungkin akan melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan

Munazzamun fi Syu’unihi [Tersusun dalam urusan/berdisiplin]

Untuk manfaatkan waktu dengan baik,perlu penyusunan dalam segala urusanGunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan Dakwah

Harithun Ala Waqtihi [Menjaga Waktu]

Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semulaSahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada merekaAku adalah makhluk baru..menjadi saksi kepada manusia

Nafi’un Ligharihi [Bermanfaat kepada orang lain]

Dai’e umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lainDai’e adalah penggerak dakwah dan Islam Amal Islam untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan Dai’e merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya bila dapat mengajak seorang manusia kejalan Allah.

‘Supaya diri tidak lupa…’